Bola sepak merupakan satu permainan berpasukan,permainan ini juga merupakan sukan yang mempunyai ramai peminat di Malaysia,sukan ini juga memerlukan perangcangan taktikal yang baik untuk sesuatu pasukan memenangi satu satu perlawanan....
Pada pendapat penulis,kehidupan kita juga merupakan satu perlawanan bola sepak...apakan tidak...kita mempunyai matlamat dalam hidup kita,begitu juga dalam perlawanan bola sepak,tujuan mereka adalah untuk mencari gol!!!!
Apakah tujuan kehidupan kita????
Jawapan kepada soalan ini,bergantung kepada seseorang individu itu sendiri...
Ada yang ingin hidup mewah,tak kurang juga yang mahu hidup dengan selesa dan bermacam macam lagi...
Dalam bola ada pengadil,untuk memerhati kesalahan yang di lakukan oleh pemain...dalam kehidupan kita juga begitu...tetapi siapakah yang jadi pengadil dalam kehidupan kita?
Ibu bapa,isteri,anak anak,rakan taulan,jiran tetangga dan masyarakat sekeliling kita merupakan pengadil yang tanpa kita sedari mereka lah yang memerhati sikap kita...mereka lah yang akan menasihati kita jika kita melakukan kesalahan...jadi hormati lah mereka !!!!
Dalam bola sepak ,satu pasukan haruslah bergerak dalam pasukan...begitu juga dalam kehidupan...kita memerlukan sahabat handai dan masyarakat sekeliling kita untuk mencapai matlamat,jika tiada mereka agak mustahil kita untuk mencapai kejayaan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan