Khamis, 21 Mei 2015
Rabu, 4 Februari 2015
Jadi Kaya
Mahukah anda menjadi insan yang berjaya?
Saya akan berkongsi sedikit tip untuk anda,bagaimana menjadi insan yang hebat !!!
KONSEP YANG PERTAMA.....
PENIRUAN
ya!!! Saya katakan peniruan,peniruan bukanlah satu perkara yang negetif,sebalik nya jika dilakukan dengan betul akan membuat anda menjadi insan yang hebat.
Dari kecil lagi kita sudah pandai meniru.Cuba lihat bagaimana kita menyuap makanan.Sudah tentulah kita meniru dari ibubapa kita atau masyarakat di sekeliling kita pada masa itu .
Jadi jika ingin kekayaan anda boleh meniru orang yang dah kaya.
TIRU ORANG KAYA
cari orang kaya yang ada di sekeliling anda.Cuba anda tiru cara orang kaya tersebut bercakap,berpakaian dan dari segi pergaulan.....hasil nya nanti anda akan kelihatan seperti orang kaya.
TIRU MODEL PERNIAGAAN
Skill ini memerlukan anda meniru 100% model perniagan yang di jalan kan oleh sesorang individu.Katakan anda telah memilih perniagaan cuci kereta untuk ditiru....perhatikan kan kedai cuci kereta itu menggunakan cecair pencuci jenis apa?mesin apa yang di gunakan,apakah yang membuatkan pelanggan datang ke tempat cuci kereta tersebut dan bermacam macam lagi.Tiru lah dari setiap aspek perniagaan cuci kereta tersebut.Dan hasilnya nanti anda akan memiliki satu perniagaan cuci kereta yang sama atau lebih baik lagi...
Boleh dikatakan anda boleh meniru apa sahaja yang ada di muka bumi ini...Apa yang anda mahu jadi...tiru.Jika mahu kaya tiru orang kaya.Jika mahu jadi ustaz tiru ustaz.
Begitulah konsep peniruan ini,boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita,walau bagaimana pun tiru lah kebaikan dan jadi kan lah ia perkara yang berguna untuk masyarakat di sekeliling kita...
SELAMAT MENIRU
Isnin, 2 Februari 2015
Orang kaya vs Orang miskin
Berjumpa lagi kita......
KALAU AKU KAYA
Emmmm .......kalau aku kaya ye....apa yang aku nak buat???
Rumah...mestilah rumah yang besar,ada kolam renang,ada padang golf.Ada tukang kebun,ada tukang masak,ada pemandu.Di dalam rumah pula akan aku hiaskan perabot dari luar negara.
Tiap tiap hari makan makanan yang lazat.Melancong setiap bulan,dalam negara,luar negara.
Kereta pula mestilah kereta mewah,laju dan bergaya.Jika ada model kereta mewah yang baru di lancarkan,aku lah orang pertama yang akan membelinya dahulu.
Pakaian.....berjenama,bergaya dan yang paling penting mesti lah dari jenama yang terkenal.....
KALAU AKU MISKIN...
Rumah....cukup lah ada tempat yang boleh berlindung dari hujan dan panas.Perabotnya pula...ala kadar.Tak perlu padang golf,kalau ada tanah kosong .....baik tanam ubi kayu,tak perlu pemandu kerana nak beli kereta pun tak mampu!!!
Makanan pula......janji boleh makan yang penting halal....
##########################
Begitu ceritanya kaya vs miskin,tak kira kita berada golongan yang mana yang penting kita berusaha.Miskin seharusnya berusaha dengan lebih lagi....yang kaya juga perlu berusaha untuk menambah kekayaan.....
Ahad, 1 Februari 2015
Makan laksa di kg Sungai Buaya
Sabtu, 31 Januari 2015
Semangat bola sepak
Bola sepak merupakan satu permainan berpasukan,permainan ini juga merupakan sukan yang mempunyai ramai peminat di Malaysia,sukan ini juga memerlukan perangcangan taktikal yang baik untuk sesuatu pasukan memenangi satu satu perlawanan....
Pada pendapat penulis,kehidupan kita juga merupakan satu perlawanan bola sepak...apakan tidak...kita mempunyai matlamat dalam hidup kita,begitu juga dalam perlawanan bola sepak,tujuan mereka adalah untuk mencari gol!!!!
Apakah tujuan kehidupan kita????
Jawapan kepada soalan ini,bergantung kepada seseorang individu itu sendiri...
Ada yang ingin hidup mewah,tak kurang juga yang mahu hidup dengan selesa dan bermacam macam lagi...
Dalam bola ada pengadil,untuk memerhati kesalahan yang di lakukan oleh pemain...dalam kehidupan kita juga begitu...tetapi siapakah yang jadi pengadil dalam kehidupan kita?
Ibu bapa,isteri,anak anak,rakan taulan,jiran tetangga dan masyarakat sekeliling kita merupakan pengadil yang tanpa kita sedari mereka lah yang memerhati sikap kita...mereka lah yang akan menasihati kita jika kita melakukan kesalahan...jadi hormati lah mereka !!!!
Dalam bola sepak ,satu pasukan haruslah bergerak dalam pasukan...begitu juga dalam kehidupan...kita memerlukan sahabat handai dan masyarakat sekeliling kita untuk mencapai matlamat,jika tiada mereka agak mustahil kita untuk mencapai kejayaan...