Tahun 2010 sebenarnya banyak meninggalkan kesan , ada yang pahit , manis, masin dan sebagainya.Banyak jugala projek projek menambah pendapatan dilancarkan ada yang berjaya dan ada yang bungkus.
Diantara projek projek aku yang dah berjaya adalah aku dapat menbuka sebuah stor burgger beb.Seronok rasanya manakan tidak dah lama berangan nak jadi tokey.Perniagaan burgger ni sebenarnya tidak susah pun ada modal lebih kurang Rm 1000 maka boleh mula dah, cari je tempat yang srategik pacak lah stor, tapi kena ingat kebersihan haruslah diutamakan.

Tu projek yang dah berjaya yang dah muflis pun ada juga seperti perniagaan pelampung untuk kanak-kanak di kolam mandi.Bisnes ni aku buat dihujung minggu sahaja tapi walaupun di hujung minggu pendapatan nya tetap lumayan , lepas la duit minyak motor tu.Tapi maklumlah pernigaan tak sah (Tiada lesen) maka pihak berkuasa mengarahkan supaya di tutup, nasib badan lah katakan.

Tapi apapun cabarannya hidup mesti diteruskan jangan mudah berputus asa cuba dan terus mencuba, jangan jadikan kegagalan untuk kita takut mencuba lagi di masa yang akan datang.Berani gagal.
Projek yang akan datang,terlampau banyak cuma yang menjadi masaalah nya adalah modal.Salah satu projek yang terbaru dan yang paling penting projek ini telah berjalan tapi belum berjaya lagi, masih jauh lagi perjalanan untuk ditempuhi,projek itu ialah Penternakan ikan laga.Prospek untuk projek ini nampaknya agak cerah kalau diusahakan bersungguh-sungguh.
Tu projek yang dah berjalan,projek yang tak jalan pun bayak juga diantaranya aku nak ternak ayam mutiara,burung ,arnab dan angsa.Doa-doa kanlah semoga berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan