Jumaat, 17 September 2010

Gandakan wang anda


Macamana caranya kita nak gandakan wang kita?.Mengikut pakar-pakar kewangan yang bertauliah dan yang tidak bertauliah, kita kena menabung dan melabur.

Langkah petama untuk menabung(mengikut pakar keewangan)

1.Bayar bahagian anda dahulu.


Maksudnya anda kena jadi tokey ooooo bukan, bukan itu maksudnya.Maksudnya kalau anda bekerja makan gaji anda kena tolak gaji anda masuk ke dalam tabung dan selebihnya barulah anda selesaikan bil-bil dan hutang piutang anda.

2.labur

Dah duit dalam tabung anda dah banyak baru lah anda gandakan wang anda.Bagaimana caranya?

Caranya adalah dengan melabur.Kat mana anda nak melabur?Yang penting labur duit anda di tempat yang betul, jangan melabur didalam tempat yang salah seperti
skim yang terdapat di dalam internet.Atau pun anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan.



Lagi satu duit syiling yang lebih anda belanjakan bolehlah disimpan di dalam tabung.Jangan terkejut suatu hari anda mungkin boleh membeli BMW 7 Series dengan duit syiling yang anda simpan itu.

selamat mencuba

Khamis, 16 September 2010

Projek terbaru

Tahun 2010 dah nak habis dah,tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru, azam pun mesti baru betul tak?

Tahun 2010 sebenarnya banyak meninggalkan kesan , ada yang pahit , manis, masin dan sebagainya
.Banyak jugala projek projek menambah pendapatan dilancarkan ada yang berjaya dan ada yang bungkus.








Diantara projek projek aku yang dah berjaya adalah aku dapat menbuka sebuah stor burgger beb.Seronok rasanya manakan tidak dah lama berangan nak jadi tokey.Perniagaan burgger ni sebenarnya tidak susah pun ada modal lebih kurang Rm 1000 maka boleh mula dah, cari je tempat yang srategik pacak lah stor, tapi kena ingat kebersihan haruslah diutamakan.



Tu projek yang dah berjaya yang dah muflis pun ada juga seperti perniagaan pelampung untuk kanak-kanak di kolam mandi.Bisnes ni aku buat dihujung minggu sahaja tapi walaupun di hujung minggu pendapatan nya tetap lumayan , lepas la duit minyak motor tu.Tapi maklumlah pernigaan tak sah (Tiada lesen) maka pihak berkuasa mengarahkan supaya di tutup, nasib badan lah katakan.

Tapi apapun cabarannya hidup mesti diteruskan jangan mudah berputus asa cuba dan terus mencuba, jangan jadikan kegagalan untuk kita takut mencuba lagi di masa yang akan datang.Berani gagal.


Projek yang akan datang,terlampau banyak cuma yang menjadi masaalah nya adalah modal.Salah satu projek yang terbaru dan yang paling penting projek ini telah berjalan tapi belum berjaya lagi, masih jauh lagi perjalanan untuk ditempuhi,projek itu ialah Penternakan ikan laga.Prospek untuk projek ini nampaknya agak cerah kalau diusahakan bersungguh-sungguh.


Tu projek yang dah berjalan,projek yang tak jalan pun bayak juga diantaranya aku nak ternak ayam mutiara,burung ,arnab dan angsa.Doa-doa kanlah semoga berjaya.

Selamat Meyambut Aidilfitri


Salam aidilfitri

Isnin, 9 Ogos 2010

Bulan kemerdekaan

Sebenarnya aku nak bagitau cita cita aku nak jadi penulis tak kirala penulis surat khabar ka penulis majalah ka tapiiiiii sampai hari ni pun cita cita aku belum tercapai.Walaupun cita cita aku belum tercapai aku tetap bangga dengan keja aku sekarang.Nak tau tak apa keja aku bak kata Dato Siti biarlah rahsia.


Apa-apa pun bulan ramadhan dah nak sampai dah ni,oleh itu kepada yang di luar sana jalan kan lah tanggungjawab anda jangan suka memonteng tau.Dah tersentuh bab bulan Ramadhan yang penuh berkat ini nak cerita lah juga bab pasar ramadhan,maklumlah puasa lakatakan, bila tiba waktu nak buka puasa semua nampak sedap,ingat jangan sampai menbazir sudah.

Bulan ni juga adalah bulan kemerdekaan,bukan apa kita sebagai rakyat Malaysia kalau boleh tu kibarkanlah jalur gemilang bukan susah pun berbanding nak angkat senjata nak lawan penjajah,betul tak.