Khamis, 21 Mei 2015

Travelog

Rabu, 4 Februari 2015

Jadi Kaya

Mahukah anda menjadi insan yang berjaya?

Saya akan berkongsi sedikit tip untuk anda,bagaimana menjadi insan yang hebat !!!

KONSEP YANG PERTAMA.....
PENIRUAN
ya!!! Saya katakan peniruan,peniruan bukanlah satu perkara yang negetif,sebalik nya jika dilakukan dengan betul akan membuat anda menjadi insan yang hebat.
Dari kecil lagi kita sudah pandai meniru.Cuba lihat bagaimana kita menyuap makanan.Sudah tentulah kita meniru dari ibubapa kita atau masyarakat di sekeliling kita pada masa itu .

Jadi jika ingin kekayaan anda boleh meniru orang yang dah kaya.

TIRU ORANG KAYA
cari orang kaya yang ada di sekeliling anda.Cuba anda tiru cara orang kaya tersebut bercakap,berpakaian dan dari segi pergaulan.....hasil nya nanti anda akan kelihatan seperti orang kaya.

TIRU MODEL PERNIAGAAN
Skill ini memerlukan anda meniru 100% model perniagan yang di jalan kan oleh sesorang individu.Katakan anda telah memilih perniagaan cuci kereta untuk ditiru....perhatikan kan kedai cuci kereta itu menggunakan cecair pencuci jenis apa?mesin apa yang di gunakan,apakah yang membuatkan pelanggan datang ke tempat cuci kereta tersebut dan bermacam macam lagi.Tiru lah dari setiap aspek perniagaan cuci kereta tersebut.Dan hasilnya nanti anda akan memiliki satu perniagaan cuci kereta yang sama atau lebih baik lagi...

Boleh dikatakan anda boleh meniru apa sahaja yang ada di muka bumi ini...Apa yang anda mahu jadi...tiru.Jika mahu kaya tiru orang kaya.Jika mahu jadi ustaz tiru ustaz.

Begitulah konsep peniruan ini,boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita,walau bagaimana pun tiru lah kebaikan dan jadi kan lah ia perkara yang berguna untuk masyarakat di sekeliling kita...

SELAMAT MENIRU

Isnin, 2 Februari 2015

Orang kaya vs Orang miskin

Berjumpa lagi kita......

KALAU AKU KAYA

Emmmm .......kalau aku kaya ye....apa yang aku nak buat???

Rumah...mestilah rumah yang besar,ada kolam renang,ada padang golf.Ada tukang kebun,ada tukang masak,ada pemandu.Di dalam rumah pula akan aku hiaskan perabot dari luar negara.

Tiap tiap hari makan makanan yang lazat.Melancong setiap bulan,dalam negara,luar negara.

Kereta pula mestilah kereta mewah,laju dan bergaya.Jika ada model kereta mewah yang baru di lancarkan,aku lah orang pertama yang akan membelinya dahulu.

Pakaian.....berjenama,bergaya dan yang paling penting mesti lah dari jenama yang terkenal.....

KALAU AKU MISKIN...

Rumah....cukup lah ada tempat yang boleh berlindung dari hujan dan panas.Perabotnya pula...ala kadar.Tak perlu padang golf,kalau ada tanah kosong .....baik tanam ubi kayu,tak perlu pemandu kerana nak beli kereta pun tak mampu!!!

Makanan pula......janji boleh makan yang penting halal....

##########################

Begitu ceritanya kaya vs miskin,tak kira kita berada golongan yang mana yang penting kita berusaha.Miskin seharusnya berusaha dengan lebih lagi....yang kaya juga perlu berusaha untuk menambah kekayaan.....

Ahad, 1 Februari 2015

Makan laksa di kg Sungai Buaya

Laksa semangkuk rm 1.00.....
Pernah kah anda rasa laksa ini....semangkuk cuma rm 1.00 sahaja....
Gerai laksa ini terletak di Kampung Sungai Buaya,daerah Seberang Prai Selatan,Nibong Tebal,Pulau Pinang,berhampiran dengan hutan lipur Sg Buaya...
Terdapat 2 gerai yang beroperasi di kampung tersebut.Antara menu yang di sediakan adalah laksa,bihun sup,koew teaw sup,goreng pisang,ais kacang Milo dan lain lain lagi.

Sabtu, 31 Januari 2015

Semangat bola sepak

Bola sepak merupakan satu permainan berpasukan,permainan ini juga merupakan sukan yang mempunyai ramai peminat di Malaysia,sukan ini juga memerlukan perangcangan taktikal yang baik untuk sesuatu pasukan  memenangi satu satu perlawanan....

Pada pendapat penulis,kehidupan kita juga merupakan satu perlawanan bola sepak...apakan tidak...kita mempunyai matlamat dalam hidup kita,begitu juga dalam perlawanan bola sepak,tujuan mereka adalah untuk mencari gol!!!!

Apakah tujuan kehidupan kita????

Jawapan kepada soalan ini,bergantung kepada seseorang individu itu sendiri...

Ada yang ingin hidup mewah,tak kurang juga yang mahu hidup dengan selesa dan bermacam macam lagi...

Dalam bola ada pengadil,untuk memerhati kesalahan yang di lakukan oleh pemain...dalam kehidupan kita juga begitu...tetapi siapakah yang jadi pengadil dalam kehidupan kita?

Ibu bapa,isteri,anak anak,rakan taulan,jiran tetangga dan masyarakat sekeliling kita merupakan pengadil yang tanpa kita sedari mereka lah yang memerhati sikap kita...mereka lah yang akan menasihati kita jika kita melakukan kesalahan...jadi hormati lah mereka !!!!

Dalam bola sepak ,satu pasukan haruslah bergerak dalam pasukan...begitu juga dalam kehidupan...kita memerlukan sahabat handai dan masyarakat sekeliling kita untuk mencapai matlamat,jika tiada mereka agak mustahil kita untuk mencapai kejayaan...

Jumaat, 23 Mac 2012

Perlu kah Kita kepada Wang?


Adakah anda perlukan wang dalam kehidupan?Dah tentu jawapan nya ya !!!!.Semua orang yang hidup di dalam dunia ini memerlukan wang tak kira tinggal di kampung atau pun di bandar-bandar besar.

Yang pendapatan besar ,perbelanjaan nya pun besar juga,pendapatan kecil pula perbelanjaan nya besar juga.Jadi kesimpulannya semua memerlukan wang.

Jadi perlukah wang dalam kehidupan kita?Bolehkah kita hidup tanpa wang?

Jawapannya memang boleh jika anda kata boleh.

Tahukah anda sebelum kita menggunakan wang sebagai alat untuk menbeli barang,orang zaman dahulu menggunakan sistem barter untuk mendapatkan segala barang kegunaan.

Zaman sekarang sudah berubah ,mana mungkin kita boleh menggunakan sistem ini lagi, betul tak?Mahu kah tokey kedai minyak petrol nak tukar ayam dengan minyak.


Khamis, 6 Oktober 2011

Duit Duit Duit

Cuba bayangkan anda tidak mempunyai wang langsung bagai mana hidup anda.

Mari kita mulakan:

Keluar pagi nak pergi kerja kurang2 nak tambah minyak kereta/motosikal.Katakan rm 5.00 minyak motor.Lepas tu mesti nak makan pagi betul tak?Rm 4.00 pulak.Tak habis lagi tu makan tengah hari pulak rm 6.00 lagi, petang lagi ,malam lagi begitulah kita seharian betul tak.

Cara Mengatasi;

Cuba tanya diri kita,ya diri kita sanggup lakukan atau tidak?
Kalau jawapannya "ya" mari kita lakukan.

Langkah pertama,minyak motor bagaimana kita nak jimatkan? Jawapannya naik basikal la,
Bab makan pula jawapannya jangan MAKAN.

Boleh kah saudara lakukan ini semua,dah tentu tidak sama sekali,jika begitu apa lagi cara yang ada untuk mengatasi masaalah ini.

Ini adalah cara nya;

Tambah pendapatan dan kurangkan perbelanjaan.Cuba faham kan kata kata ini.