Mahukah anda menjadi insan yang berjaya?
Saya akan berkongsi sedikit tip untuk anda,bagaimana menjadi insan yang hebat !!!
KONSEP YANG PERTAMA.....
PENIRUAN
ya!!! Saya katakan peniruan,peniruan bukanlah satu perkara yang negetif,sebalik nya jika dilakukan dengan betul akan membuat anda menjadi insan yang hebat.
Dari kecil lagi kita sudah pandai meniru.Cuba lihat bagaimana kita menyuap makanan.Sudah tentulah kita meniru dari ibubapa kita atau masyarakat di sekeliling kita pada masa itu .
Jadi jika ingin kekayaan anda boleh meniru orang yang dah kaya.
TIRU ORANG KAYA
cari orang kaya yang ada di sekeliling anda.Cuba anda tiru cara orang kaya tersebut bercakap,berpakaian dan dari segi pergaulan.....hasil nya nanti anda akan kelihatan seperti orang kaya.
TIRU MODEL PERNIAGAAN
Skill ini memerlukan anda meniru 100% model perniagan yang di jalan kan oleh sesorang individu.Katakan anda telah memilih perniagaan cuci kereta untuk ditiru....perhatikan kan kedai cuci kereta itu menggunakan cecair pencuci jenis apa?mesin apa yang di gunakan,apakah yang membuatkan pelanggan datang ke tempat cuci kereta tersebut dan bermacam macam lagi.Tiru lah dari setiap aspek perniagaan cuci kereta tersebut.Dan hasilnya nanti anda akan memiliki satu perniagaan cuci kereta yang sama atau lebih baik lagi...
Boleh dikatakan anda boleh meniru apa sahaja yang ada di muka bumi ini...Apa yang anda mahu jadi...tiru.Jika mahu kaya tiru orang kaya.Jika mahu jadi ustaz tiru ustaz.
Begitulah konsep peniruan ini,boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita,walau bagaimana pun tiru lah kebaikan dan jadi kan lah ia perkara yang berguna untuk masyarakat di sekeliling kita...
SELAMAT MENIRU